Polisi
Polisi Refund Produk Digital
Kami mahu masalah pembayaran dan akses disiasat dengan jelas tanpa meminta pembeli menghubungi nombor telefon peribadi.
E-mel support@aihermesagent.my menggunakan e-mel pembelian. Sertakan nama, nombor invois, produk dan penerangan masalah. Jangan hantar maklumat kad atau password bank.
Kes yang akan disiasat
- Bayaran berganda untuk invois atau produk yang sama.
- Pembayaran berjaya tetapi sistem tidak dapat mengesahkan pembelian.
- Access code tidak boleh digunakan selepas langkah pemulihan dicuba.
- Produk yang diterima tidak sepadan dengan produk pada invois.
Sifat produk digital
Ebook dan bonus tersedia secara digital selepas pembayaran disahkan. Oleh sebab akses boleh diberikan serta-merta, setiap permohonan refund dinilai berdasarkan rekod transaksi, status akses dan keadaan sebenar. Penghantaran permohonan tidak menjamin kelulusan automatik.
Sebelum memohon refund
- Semak e-mel dan nombor invois OnPay.
- Cuba halaman tuntutan access code dan recovery.
- Pastikan e-mel yang dimasukkan sama seperti semasa checkout.
- Simpan screenshot mesej ralat tanpa mendedahkan data sensitif.
Jika refund diluluskan
Akses portal dan access code berkaitan boleh dinyahaktifkan. Tempoh wang diterima bergantung pada kaedah pembayaran dan proses gateway atau bank.
Hubungi support
Gunakan support@aihermesagent.my. Tiada urusan refund melalui panggilan telefon atau WhatsApp awam.