Polisi

Terma Pembelian dan Penggunaan

Dengan membeli atau menggunakan Hermes Library, anda bersetuju menggunakan kandungan dan portal mengikut terma berikut.

Berkuat kuasa: 29 Julai 2026

Produk digital

Bundle ebook ialah produk digital yang disediakan melalui portal pembeli. Harga dan kandungan yang diterima adalah seperti dipaparkan semasa checkout. Personal Guidance ialah produk berasingan dengan skop yang dinyatakan pada halaman jualan.

Lesen penggunaan

Pembelian memberi lesen peribadi, tidak eksklusif dan tidak boleh dipindah milik. Anda tidak dibenarkan menjual semula, mengedar, memuat naik secara awam, berkongsi access code atau menyalin sebahagian besar kandungan untuk produk lain.

Akses portal

Access code adalah untuk pembeli yang sah. Akses boleh dibatalkan apabila pembayaran direfund, berlaku chargeback, kod dikongsi atau sistem mengesan penyalahgunaan. Pemulihan kod memerlukan e-mel pembelian dan nombor invois.

Servis pihak ketiga

VPS, model AI, Telegram, OnPay dan integrasi lain dikendalikan pihak ketiga. Hermes Library tidak mengawal availability, harga, polisi, interface atau perubahan teknikal provider tersebut.

Risiko dan tanggungjawab

Anda bertanggungjawab terhadap akaun, API key, server, data dan tindakan agent yang anda konfigurasikan. Uji workflow dengan permission minimum dan semakan manusia. Kandungan adalah bahan pendidikan, bukan jaminan pendapatan, prestasi atau hasil tertentu.

Perubahan kandungan

Panduan boleh dikemas kini untuk membetulkan kesilapan atau menyesuaikan perubahan platform. Akses kepada kemas kini tertakluk kepada produk yang dibeli dan status akses aktif.

Support

Support produk melalui support@aihermesagent.my. Tiada nombor telefon atau sokongan WhatsApp awam disediakan.